Total Pageviews

Tuesday, August 24, 2010

Dilemma Kuli Koperat - MASTER G Chronicles - STRATEGY

STRATEGY

Satu hari.. Master G gua mengarahkan gua untuk come up with STRATEGY bagi memasarkan tahi2 besi…. Gua agak terlopong seketika bilamana mendapat arahan tersebut kerana gua kaget bila mendengar perkataan STRATEGY. Di dalam kepala gua.. terbayang2.. Financial Analysis Model.. SWOT analysis.. TOWS Matrix analysis dan External Economic Analysis… gua tahu ilmu2 gua on that subjet matter telah berkarat.. sementelah sudah 7 tahun gua berada di jabatan lain sebagai in-house chamber. Apakah EEA analysis yang hanya merangkumi Factor, Scanning, Forecasting dan Assessing yang gua pelajari dulu masih lagi relevant di alaf 2010 dan apakah pendekatan SWOT & TOWS Matrix analysis masih relevan? Gua suspen… pengetahuan gua berlandaskan ilmu 7 tahun dulu mungkin sudah pupus.. Boleh ke gua perform camnie..? Boleh ke gua meet the expectation…??

Gua sedar kekurangan gua.. dengan ilmu yang mungkin telah lapuk serta ceteknya pengalaman gua di dalam pemasaran tahi2 besi ini telah dengan rendah diri meminta tunjuk-ajarku sifu.

Gua: Master G… Master G pernah buat STRATEGY modeling tu tak? Boleh tengok as guidance?

Master G: Tak pernah.. koa tengok la internet.. cari sapa supplier.. sapa buyer.. pastu koa call la tanya nak tak tahi2 besi tu??

Gua terkedu… dalam hati gua… STRATEGY apa kejadahnya.. setau gua.. strategy melibatkan analysis thinking tahap tinggi.. melibatkan comprehensive analysis on product/market grid untuk mendapatkan titik kompetitif… atau paling haprak pun kena buat SWOT analysis modelling. Kalau takat tengok internet.. tu bukan strategy… kalau nak koperat sangat sebut la RESEARCH.. RESEARCH.. bukan STRATEGY!!!!

2 comments:

  1. kah kah kah...

    ni terbalik ni... u yg patut jadik master G

    ReplyDelete