Total Pageviews

Wednesday, August 25, 2010

Dilemma Kuli Koperat - Master G Chronicles - EXPECTATION

Satu hari tu Master G telah memanggil gua untuk discuss hala-tuju pemasaran tahi2 besi. Master G mengarahkan perbincangan di adakan di luar pejabat... "nak dapat feel" katanya. Gua cuba protes sebab gua ni jenis tak suka keluar-keluar ofis tanpa hujung pangkal... setakat nak borak pasal hala-tuju pemasaran.. gua rasa kat opis lagi afdal.. Lagipun gua malas nanti dgn perception masyarakat bila tengok gua masih di kedai kopi at this hour (10-11 pagi). Sure masyarakat akan memandang serong pada etika kerja gua... dgn berkata "tak da kerja ke org2 minyak ni.. asyik melepak kat kedai kopi je" cam gua selalu dok jeling sebilangan penjawat2 awam yg suka bersembang di kedai kopi pada waktu pejabat... Arrghh.. kacau jiwa gua dgn hasutan dan budaya songsang Master G.. Tetapi mengingatkan pesanan mentor gua dulu.. that "your no 1 job as an employee is to make your boss look good"... gua pun ikut la jugak walaupun gua sebenarnya bengkerk.. 

Seperti biasa... environment di kedai kopi tu pada firasat gua tak sesuai langsung utk sebarang perbincangan serious.. takat nak gelak-gelak sambil tengok awek mini skirt lalu lalang okay la... .. ni tak.. sungguh tak selesa sebab panas + bising dgn lagu-lagu bangra.. serta diselang-seli dgn pancaran nafas dragon ball Master G. Walaubagaimanapun.. perbincangan gua dgn Master G tetap serius... menjurus kepada annual revenue.. target margin dan segala mak-nenek KPI. Master G dgn lagaknya cuba sedaya upaya meng"impress" gua dgn pengetahuannya dlm industri2 tahi2 besi ini... sapa supplier.. sapa buyer... mana tahi besi cantik.. mana tak cantik... Gua hanya mengangguk-angguk tanda faham walaupun dlm hati gua berkata "cam bagus je mamat ni".. 

Gua cuma konpius satu je.. mana taktik-taktik pemasaran? Tak da pun? Gua lagi konpius sebab segala idea-idea pemasaran gua (yg baru setahun jagung berkecimpung di alam tahi-tahi besi) ni di terima bulat-bulat tanpa sebarang perbincangan intelek. Cuma gua aje yang kadang-kadang menjeling-jeling manja meja-meja sebelah.. manala tau.. nanti jiran-jiran meja sebelah gua menceduk idea-idea gua yg bernas itu untuk memasarkan tempe2-tempe mereka tanpa membayar apa-apa royalti pada gua.. mana boleh doooll..

Akhirnya.. setelah hampir 2 jam menggulat...

Master G: Koa faham tak apa aku cakap ni?

Gua: Ok.. no problem...

Master G: Good... Aku nak koa dalam masa 6 bulan ni jual at least 1 cargo... kalau tak siap kau aku bagi 4

Gua: Insyallah...

Macam ada sifat tidak puas hati terpancar di muka Master G dengan jawapan gua...

Master G: On second thought.. aku nak kau jual your 1st cargo dalam masa 3 bulan ni... kalau tak... 4 aku bagi...

Gua kaget... boleh ke gua?? Bukan senang nak jual tahi-tahi besi ni... sementelah lagi.. gua masih baru 6 bulan join... ish.. kacau ni... Utk mencari sedikit comfort.. gua pun bertanya pada Master G..

Gua: Master G... the last 1 or 2 years ni berapa dah cargo Master G jual..?

Dengan muka selamba tak ingat dunia.. Master G jawap.. "tak da.. pasal tu aku nak kau buat"

Gua.. terkedu.. apa kejadah expectation camni.. kalau 2 tahun koa tak leh move 1 cargo pun walaupun koa dah bertahun-tahun kat situ.. koa expect gua terus dapat jual...  sungguh unreasonable expectation...  ni yang buat jiwa gua kacau lagi ni...

Nota Kaki:
Kalau masa tu Master G cakap "lets try to move 1 cargo dalam 3 bulan ni" semangat la jugak gua nak buat.. ni cakap tak serupa bikin lagi mau support gua... I REST MY CASE.

Tetapi gua syukur.. lepas beberapa bulan je.. tahi-tahi besi telah dikeluarkan daripada senarai product-product gua...

No comments:

Post a Comment