Total Pageviews

Monday, August 23, 2010

HYPERACTIVE

Lima bulan yg lepas gitu, gua dapat panggilan daripada domestic engineer gua. Gua jarang dapat panggilan dari domestic engineer gua time2 office hour unless betul2 penting. Maklumla… domestic engineer gua faham.. tugas gua sebagai kuli koperat agak sibuk dan memerlukan konsentrasi yg tak berbelah bagi... Gua dah terbayang2 alatan electric yg rosak kat rumah sampai memaksa domestic engineer gua menalipon gua… Apalagi kali ni… peti ais ke.. or washing machine gua yg selalu nazak tu…
 
Tetapi.. dari susan atur ayat domestic engineer gua.. ditambah dgn latar belakang muzik mozart… gua agak ada sesuatu yg lebih serius mengganggu minda domestic engineer gua kali ni. Sungguh tak tenteram susun kata dia… memang berterabur habis.. kalau buat karangan untuk PMR dah sah2 failed!! Biasanya.. susun kata tak tenteram camni hanya berlaku hanya setahun sekali iaitu bila time gua dapat bonus..
 
Untuk mententeramkan perasaan dia.. gua pun menggunakan psychology approach yg gua belajar dari buku Praise Your Wife More than 5x or Else hasil nukilan psychologist tersohor Dr. John Grohol..
 
Gua: Yang.. tom yam semalam best laaa… minggu depan buat lagi yea…
 
Domestic engineer: Tom Yam?? Semalam asam pedas laaa..
 
Alamak.. kantoi la pulak gua kali ni… gua gagal utk mententeramkan beliau berlandaskan modul Dr. John Grohol. Mau gua rasa nak campak je buku tu.. and berbalik kepada hadith2 yg jauh lebih bernas daripada nasihat2 pakar psychology tu…. Sudah…. gua pulak jadi tak tenteram.. untuk mencover kekalutan gua.. gua maintain cool dan meneruskan domestic inquiry gua…
 
Gua: Kenapa ni.. cam org hilang laki je bunyi?
 
Domestic engineer: Tak da laa… kalau hilang laki senang.. cari lain… ni haa… tadi sekolah Arif call…
 
Gua: Ha… pasal apa.. nak mintak duit buat rombongan lagi ke??
 
Domestic engineer: Tak laa… Cikgu Kacamata tu kata Arif gaduh lagi… kali ni pasal ada budak tak nak bagi color pensil yg dia mula2 guna…
 
Masuk kali ni entah berapa kali dah Arif gaduh kat kelas… tapi gua kenal anak2 gua.. Arif tak kan gaduh dgn org unless kena kacau… Bagi gua.. tu okay laa.. sekurang2nya dia tau utk mempertahankan diri dari dibuli…
 
Domestic engineer sambung dgn nada agak sebak: Cikgu Kacamata tu kata.. Arif ni kalau dia nak sesuatu bende.. dia akan nak jugak.. tak nak beralah.. + selalu tak duduk diam dalam kelas macam ada syndrome HYPERACTIVE..
 
Mengikut pengalaman gua sewaktu mengambil kursus MBBS selama 12 thn di Wikipedia Higher Learning Institute..  

HYPERACTIVITY can be described as a physical state in which a person is abnormally and easily excitable or exuberant. Strong emotional reactions, impulsive behavior, and sometimes a short span of attention are also typical for a hyperactive person. If Hyperactivity starts to become a problem for the person or others, it may be classified as a medical disorder.
 
Gua terdiam… Ini persoalan berat bagi gua.. sambil cuba menyelami persoalan yg ditimbulkan oleh domestic engineer gua berlandaskan diagnosis Cikgu Kacamata. Yang gua mushkil.. bagaimana Cikgu Kacamata yg berpendidikan montessori begitu yakin dgn diagnosis beliau mengalahkan pediatrician dari hospital ternama Prince Court Medical Centre.  Gua tertanya2… mungkin Cikgu Kacamata ada buat pengajian MBBS jarak jauh dgn Mumbai University atau berkemungkinan juga Cikgu Kacamata adalah rakan sekuliah gua yg tak glamer semasa di Wikipedia Institute??
 
Sebagai langkah jangka pendek untuk menenangkan jiwa domestic engineer gua.. gua cadangkan beliau membuat appointment dgn pakar pediatric dan juga dgn Kak Chita seorg pakar forestry education (nanti gua explain di lain posting pasal forestry education ni) for 2nd opinion… Seperti biasa.. cadangan gua yang berlandaskan pemerintahan kuku besi tidak mendapat sebarang tentangan daripada domestic engineer gua.  
 
Alhamdullillah… gua punya pakar pediatric dan forestry education mengesahkan anak gua bukan Hyperactive. Menurut mereka some individuals may show these aggressive characteristics naturally or upon provocation (yes – provocation include wanting something but unable to get it), as personality differs from person to person. In Arif’s case, his aggressiveness is usually on provocation which is quite normal for his age but as a parent/teacher we need to guide him so that we can instill the right value/behavior when he face such situation/provocation.. (Gua mohon maaf… bila bab2 penerangan secara intelligent ni gua tak dapat nak explainkan dalam bahasa mudah.. kerja gua dulu sebagai in-house chamber telah mengajar gua untuk menggunakan bahasa professional ketika member penerangan supaya message yang nak disampaikan bukan sahaja sampai tetapi tepat… )
 
Pengalaman ini telah membuatkan gua mengimbau kembali kenangan masa kecik gua yg pernah menghumban anak kambing org kampong ke dalam telaga… Kalau takat merampas color pensil dianggap hyperactive… gua ni boleh dilabelkan sebagai apa yea… Ahh.. kacau jiwa gua…
 
Nota Kaki
Memandangkan institusi pendidikan anak gua sekarang ni gagal untuk mencabar minda anak gua… tahun depan sah2 gua cari institusi lain yg lebih mencabar taraf IQ anak2 gua…. –Any suggestion-

4 comments:

  1. Lol @ kantoi tomyam.

    Lol too @ cari je laki lain

    Hyperactive syndrome is bunch of BS. Easy way too blame the kids for something the adults can't handle

    Of course they're hyper. They are kids.

    ReplyDelete
  2. abih tu... tak mati ker kambing tu??????gielr jahat nyerrrrrrr

    ReplyDelete
  3. Entah.. lepas buang I terus lari. Rasanya tak mati koz time tu telaga tu cetek :-)

    ReplyDelete
  4. Saudara Sir: Agree... I am very active during my childhood.. turn up OK je...

    ReplyDelete