Total Pageviews

Showing posts with label Pak undang2 chronicles. Show all posts
Showing posts with label Pak undang2 chronicles. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Pak Undang2 Chronicles - Hari Raya Korban

Satu perkara gua suka kat rumah pak undang2 gua ni sebab rumah dia betul-betul depan surau taman. So kalau ada kenduri-kendara ke.. nikah kahwin ke.. kematian ke... mesti berita tu akan sampai kat rumah pak undang2 gua. Dah macam news stand dah.. ahak!

Nak dijadikan cerita.. pada hari raya korban yang lepas.. macam biasa.. lepas sembahyang raya kat surau area rumah gua.. dan sebagai menantu mithali gua pun  bawak la domestic engineer gua serta hero + heroin gua bertenggek la kat rumah pak undang2 gua.. Agak meriah jugak depan rumah pak undang2 gua ni. Gua kira-kira ada lebih kurang 12 ekor lembu yang akan dikorbankan pada tahun ni. Lepas bawak hero-hero gua berkenalan dan beramah mesra dengan lembu-lembu tu.. gua pun masuk ke dalam rumah.. 

Macam biasa.. sebagai menantu sulung.. gua diberi tempat di meja makan utama.. (yea mesti hormat) sambil menikmati nasi jagung yang adik undang2 gua buat.. gua pun layan borak dengan pak undang2 gua...

Gua: Pa.. banyaknya lembu korban kat sini...

Pak Undang2: Ish.. sini biasa.. tu pun kira sikit tu... kat tempat lu ada berapa ekor

Gua: Tak banyak.. rasa-rasanya ada 6 ekor je kot.. 

Pak Undang2: 6 ekor je.. kenapa sikit sangat.. dengar citer ramai orang pangkat-pangkat besar duduk kat sana.. (sambil menyambung) jiran sebelah gua ni.. 2 EKOR sekali tumbang..  perghh.. si siah tu ambik 2 bahagian berkongsi dengan jiran-jiran serta adik beradik dia.. mamat kat seberang jalan tu ada 3 bahagian selebihnya kongsi dengan jiran-jiran.. dan seterusnya... begitu bangga sekali pak undang2 gua bercerita

Setelah gua congak-congak ada lebih kurang sekor lagi yang tak dikira.. so gua ingat pak undang2 gua punya la.. so gua tanya

Gua: Yang sekor lagi... Pa punya ke? Alhamdullilah.. murah rezeki pa.. berkat tu.. sekor lembu la yea...

Pak Undang2 sambil bangun kilas kain berkata  "tak aihh.. tahun ni tak korban..." dan berlalu ke dapur ambik pisau.. nak menolong melapah katanya.

Ish... gua silap tanya lagi ke?? Salah ke telahan gua... ish.. kacau betul jiwa gua..

Sunday, September 26, 2010

Pak Undang2 Chronicles - Pembunuhan Kejam

Gua macam biasa kalau lepak kat rumah pak undang2 gua mesti layan suratkhabar sambil layan keropok goreng... Gua bukan anti social.. tapi ye la.. sebagai menantu mithali gua buka mulut bila patut2 je... kan terlebih mesra payah jugak..  

Topik suratkhabar TheStar hari tu cam suratkhabar2 lain tengah hangat citer pasal pembunuhan kejam kat Banting.. Masa gua baca suratkhabar tu.. gua perasan jugak la pak undang2 gua  dok jeling2 kat suratkhabar gua.. tu tak lain tak bukan nak sambar suratkhabar gua la tu walapun gua tau.. pak undang2 gua tak faham sangat suratkhabar yg berbahasa penjajah ni...

Tengah gua dok layan suratkhabar tu.. pak undang2 gua mula la tanya perkembangan terbaru.. Gua sebagai menantu mithali ditambah tak nak menghampakan perasaan orang tua tu bercerita la mana patut.. camna mamat tu guna title tipu dari negeri New Castle.. ajak kawan2 tu makan.. pastu pi tengok reban ayam.. pukul + tikam.. bakar.. dan buang abu tu kat sungai... Pak undang2 gua menggeleng2 kepala kerana terkejut dgn kekejaman manusia tu...

Pak Undang2: Teruk betul manusia sekarang ni... tak takut ke dia tu bunuh2 orang camtu.. kalau kita mesti dah takut.. macamana la rasanya tikam orang..?

Sambil bersahaja gua jawap.. "Entah la pa... gua tak pernah tikam orang lagi.. so tak tau la perasaan camna..."

Gua lihat pak undang2 gua terdiam dengar jawapan gua.. bangun, amik wudhuk... terus semayang..

Err... gua salah cakap lagi ke?? Ish kacau jiwa gua... 

Nota kaki:
Semayang apa pukul 11 pagi ni.. semayang tolak bala ke???