Gua pun tak tau kenapa la gua tetiba rasa gatal tangan nak tulis blog. Sebelum ni hampeh..jangan kata menaip.. menulis pun gua malas. Dah la kerja gua dulu sebagai "in-house chamber" tak ubah macam macam guru pemeriksa yang dok periksa karangan murid2 sekolah time SPM - so takat membaca tu rajin la. Lagipun gua nak menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan masyarakat membaca - walaupun takat baca kontrak2 yang kadang2 gua pun tak faham hujung pangkal.
Semangat menulis blog ni lebih berkobar2 selepas gua kena "bakar" dengan si brother Fdaus Ahmad - author Sembang Kencang. Si brader Fdaus ni pun satu.. dia punya gebang pasal kepentingan blog sebagai pencetus ideologi dan sebagai satu platform penting untuk membentuk dan mewancanakan masyarakat kearah membina pemikiran progresif memang gua tak faham langsung. Tapi biasa la.. gua ni dianugerahkan dengan sifat diplomasi yang tinggi tahap wali - so gua buat2 faham sambil mengangguk2 dengan expression muka "in deep thought" - walaupun dalam hati gua rasa nak cepuk je si brader Fdaus ni. Mana tak nya.. dah la kerja gua sebagai in house chamber ni dah dikategorikan sebagai hazardous occupation untuk minda.. dia berani main tambah2 menghasut minda gua ni supaya pikir masalah2 negara dan dunia.. ish.. tak berhati perut sungguh.
Tapi... gua juga adalah seorang yang "open minded". Segala hujah dan sembang kencang beliau gua tetap fikir... setelah dicampur-aduk dengan analysis intellectual gua.. dgn mengambil kira tsunami pilhanraya lepas.. gua rasa ada logik jugak gebang si brader Fdaus ni... blog ni penting untuk merancakkan gerak minda dalam membina masyarakat yang berfikir..
Lagipun naluri gua pun nak tengok jugak.. apa yang best sangat tulis kat blog ni.. Kalau takat nak kata best.. best lagi sembang kat kedai kopi sambil pekena teh tarik segelas dua + tengok awek2 yang lalu-lalang - lagi layan dolll... Tapi tak per.. mengenangkan semangat persahabatan yg terjalin.. gua sahut cabaran si Fdaus Ahmad untuk sama2 merapu kat dalam alam blog ni.
Yang pasti.. gua pun tak tau sapa la akan baca KalamJiwaKacau ni.. dan part yang bestnya.. gua pun tak tau lagi apa yang gua patut tulis... JiwaKacau betul laaa...
*koa la ni Fdaus - menyusahkan kepala hotak gua je*
No comments:
Post a Comment