Total Pageviews

Saturday, August 21, 2010

Lateral vs Strategic Thinking

Gua sebenarnya baru bangun tido.. dah sah2 posa gua makruh dah hari ni.. membuta dari pukul 2 sampai 4:30 petang.. tak rasa nikmat posa langsung. Tapi lebih baik daripada orang2 yang tak posa langsung.. betul dak??

Apa topic kita petang ni.. sebelum berbuka... haaa... memandangkan gua ni boleh dikira ahli koperat jugak.. so gua nak bercakap skit pasal lateral vs strategic thinking. Gua sebenarnya malas nak start topic2 ni sebab nanti susah Dale Carnegie, Stephen Covey, Jims Ron, Robert Kiyosaki dan kalau kat Malaysia ni.. Datuk Dr. Fadhilah Kamsah nak cari makan. Dia orang tu theory je beb.. gua ni practical... gua ulang PRACTICAL!! So tahap pemahaman gua lagi tinggi daripada dia orang cuma gua ni tak di anugerahkan dgn lidah selancar dia orang. Tapi gua rasa..kalau gua beranak kat US ke UK ke Pulau Jawa ke.. sure lidah gua lancar macam diaorg gak... dia org tu nasib2 je...

Berbalik kita pada topic dia atas.. Untuk memudahkan perbezaan antara lateral thinking dan strategic thinking mai kita kupas task ni... "Your boss is going to Geneva on 29th Aug 2010 - explain to me how are you going to book the ticket?" Sure korang dok kutuk gua sekarang... Apa kejadah soalan ni dolll... tak kan nak beli ticket flight pun kena ada strategic thinking... tu la korang.. tu la.. gua dah cakap.. gua ni orang koperat... pemahaman gua ni tinggi.. 

Berdasarkan task tersebut... Robert Kiyosaki mungkin akan cakap... "since the date is too near (i.e., in a week's time) the most sensible investment would be to capitalise on overnight interest rate. Place your money on overnight placement and in doing so you would be able to use the interest earn on the fifth day (OPM - Other People's Money) to purchase the ticket on the 6th day and thus keeping your capital intact". Aku bukan tak suka idea ni.. tapi tak menepati unsur2 strategic thinking.. dan yang paling teruk tak Islamic langusng kerana ada unsur2 riba - HARAM beb.. haram.. .. sebab tu tak leh pakai idea si Jepun Hawaii ni...

Kalau lu orang mintak pendapat Dato Dr Fadhilah Kamsah.. dah tentu2 bunyinya lebih kurang camni.. "yea.. tarikh 29th Aug 2010 itu cantik.. anda kena senyum kerana senyum itu membuka pintu rezeki. Senyum pada boss.. senyum pada seketari boss.. senyum pada diri anda... yea.. maaf memaafi... angkat telefon.. senyum.. dan telephone la travel agent anda... anda buat.. anda dapat..." Nasihat ni gua akui lebih baik daripada Robert Kiyosaki tapi masih jauh menyimpang daripada membentuk strategic thinking...

Pengamal2 lateral thinking akan pick up phone and terus dail no telepon travel agent untuk buat booking... lagi la dolll.. tak koperat langsung...Langsung tiada nilai2 analytical thinking... memang tak leh bawak masuk majlis laa....

Pengamal2 Strategic Thinking macam gua akan mula mengupas task itu satu persatu.. dan akan melihat dari setiap angle.. Soalan2 lazim gua yg pertama akan berbunyi begini "boss pergi meeting ke attending seminar ke or signing ceremony?" Kat sini.. gua nak tau objective dia nak travel. Haa.. tengok tu.. tengok tu.. tu baru mukadimah korang dah ternganga dah... jgn lawan gua.. gua org koperat...

Kenapa bagi gua sebagai strategic thinker mementingkan soalan2 sebegini?... Sebab.. kalau boss tu nak attend meeting dan bukan hanya signing ceremony or seminar.. gua akan tanya lagi.. "How critical is the meeting". Soalan2 koperat begini akan membuat anda nampak lebih berkarisma... dan dah sah2 boss korang akan cakap meeting tu amat critical.. walaupun sebenarnya dia nak main gasing je kat Geneva tu... Tapi korang kena maintain koperat dan guna kesempatan ini utk add value dgn mencadangkan agar boss korang pergi kesana 1 day earlier. Strategy korang kena betul.. reason korang kena mantap dan menampakkan ciri2 ownership pada kerja.. bagi menyerlahkan lagi ketokohan korang... korang boleh cakap kat boss camni "I am very concern boss. Its gonna be a long haul flight thus I recommended for you to arrive there a day earlier. This is important to ensure that you're more relax and not tired from the journey. After all, the team rely on you for the success of the meeting. Is that OK with you boss? Tu dia.. mesti dia tangkap syahdu dgn keperihatinan korang pada dia dan success of the meeting... walaupun the truth is that korang nak dia blah cepat2 supaya korang boleh lepak2 kat opis sepanjang dia tarak....  strategic bangg... strategy kena betul...

Now korang boleh nampak perbezaan  antara Lateral vs Strategic Thinking... tu gua tak sentuh lagi soalan2 yg berkaitan long haul flight.. connecting flight.. kosher meal.. hotels reservation.. taxi reservation... dan lagi... dan lagi.. yg memerlukan strategic thinking tahap cipan... cukup la gua bagi sikit2 sebab gua takut nanti tahap lateral thinking korang nanti jadi horizontal pulak.. payah gua wehhh....

Nota Kaki:
Sebenarnya.. scenario diatas tu bukan rekaan.. gua tak main2. Soalan ni memang gua kena serbu semasa chit chat session utk 1 position yg korang pasti jeles kalau gua dpt. Haa.. jgn ingat gua main2.. kalau korang nak berguru dgn gua utk develop your strategic thinking... cepat2 email gua ok





3 comments:

  1. Bro, Kalau u praktis kan.... sure menang banyak kes...... ni bukan tahap korporat je........

    ReplyDelete
  2. Selamat ber-blogging...

    especially if you can touch about property tips, ker...... hehehe.. suka2.

    my blog:-
    http://diyanaheart.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Kak Ina: hahaha.. menang kes? CLP pun tak lepas nak menang kes apa :p

    Mek D: I like you blog sis.. very refreshing :-)

    ReplyDelete