Total Pageviews

Thursday, September 9, 2010

Remembering Raya -

Tahun ni gua dan family akan beraya kat Kota Metropolitan ni sepertimana rutin gua 7 tahun yang lepas-lepas.. Bukan gua lupa daratan.. deep down inside gua bangga dgn status gua sebagai budak kampung.. Kalau boleh gua nak balik ke negeri penyu tiap2 tahun and bayar balik harga anak kambing yang gua humban dalam perigi dulu.. Tapi kalau gua balik.. gua nak lepak mana?? Tak kan nak menumpang kasih kat rumah awek-awek gua dulu? Hilang akal ke? Sementelah lagi datuk gua pun dah berangkat menemui Ilahi 4 tahun yang lepas.. lagila tak da mood gua nak bawak family balik kampung. Bonda gua.. dgn keluarga pak & mak undang2 gua semua di Kota Metropolitan ni.. Pakcik/Makcik gua pun ramai yg dah berhijrah kat Kota Metropolitan ni.. ada la sekerat dua yg masih di negeri penyu.. dan sorang dua di Utara..

Time2 raya camni perasaan gua nak balik kampung meluap2.. Lebih2 lagi bila ramai pak sibuk dok menanya "Raya balik mana?" Dia orang ni tak tau ka gua ni sensitip bila bab2 balik kampung ni... panas beb.. panas.. mau je gua rasa nak bakar kampung2 diaorg supaya dia org pun tak da kampung macam gua... hahaha baru padan muka. Tapi cam besa.. gua cool.. dgn selamba gua akan cakap.. gua balik jauh.. Kampung Datuk Keramat dan Kampung Pandan je... 

Time2 nak raya camni jugak la gua terkenang kawan2 sekolah gua yang dah lama gua tak jumpa... walaupun gua tau.. diaorg bukan ingat kat gua.. maklum la.. gua dulu nakal tak ingat dunia... Pepehal pun.. gua seronok sebab kawan2 gua ramai yang menjadi.. ada engineer.. doctor.. accountant.. dan gua macam biasa.. loyar buruk. Tapi ada jugak la sorang.. dua yang gua dapat berita sambung belajar kat universiti di Sg. Buluh and Kajang. Tak per laa.. lepas graduate nanti.. harap2 menjadi balik...

Bagi gua.. tak da apa yg fancy beraya kat Kota Metropolitan ni..... NO meriam buluh.. NO crispy kerepok lekor.. NO ikan celup tepung (gua tau org kampung gua yg mula2 create tempura ni and later copycat by Japanese - as usual).. NO bau nasi dagang yg wangi.. NO berebut toilet pagi2 + the extremely cold shower kat rumah atuk gua.. NO lepaking tepi pantai dgn kawan2 satu kepala gua.. Tg Skandor, Joe, Remy Lada, Ed bulu, Ara Bombay,  Awang Hijau. Budha'k etc etc sampai cerah sambil kacau awek2 Kota Metropolitan yg menziarah kampung gua!!

Tapi la ni.. bunyi bingit meriam buluh diganti dgn mercun pop-pop.. (tak meriah langsung).. our usual nasi dagang di pagi raya dah diganti dgn spaghetti carbonara.. kerepok lekor diganti dgn fries & hot dog... and ketupat rendang is now replaced by samosa, cupcakes & donuts.. Tak da dah nak rebut2 toilet pagi2 especially dgn cousin2 pompuan gua yang cerewet bagai mak datin.. anak2 gua pun dah tak kenal air sejuk.. petik je hot shower terhidang.. Gua la ni lepak dgn domestic engineer gua je.. ngorat la sama sendiri sampai pagi... perghhhh..

Kacau jiwa gua.. kacau.. Gua rindu kampung gua.. gua miss arwah grandpa.. and gua tau.. domestic engineer gua pun surely miss "New Castle - Kota Bharu la-... Fortunate enough.. gua dan domestic engineer gua masih ada parents, uncle&aunt, cousins, relatives and many friends untuk dilawati di Kota Metropolitan ni... we will try to make effort to visit 'em especially those with "fat-fat duit raya" hahahahaha...

OK.. ok.. enough with gua punya reminiscing.. To my dearest friends + relatives who happen to be in Kota Metroplitan during this Syawal.. you are most welcome to our humble hut.. there will be no official "rumah terbuka" this year but you're most welcome to drop in...

To my "donk" years friends who will be attending mini reunion at our Doktor Mata house in negeri penyu.. pls send our love to those present.. esp to the host..

Wishing you guys.. Slurrmat Hairy Ray-ya & May-af Zahair Bay-thin. 


Nota Kaki:
Gua nekad untuk beli sebiji rumah kampung supaya cucu2 gua nanti ada KAMPUNG utk balik beraya..

No comments:

Post a Comment