Total Pageviews

Wednesday, September 15, 2010

Dilemma Kuli Koperat - Master G Chronicles - BIROKRASI

Hidup gua sebagai kuli koperat tak dapat lari dari birokrasi. Walaupun kadang2 gua rasa rimas dgn birokrasi tahap cipan ni tapi gua tetap follow sebab gua tau proses tu sebagai check and balance utk menjamin perlaksanaan sesuatu urusan yg dibuat tanpa sebarang salah laku. Untuk pengetahuan korang.. birokrasi dlm company gua takda la teruk mana..  okay je.. patut2 kata org. Untuk new business cuma perlu buat Business Management Risk Analysis (BMRA) dan yg paling cikai.. Management Information Sheet (MIS) utk story kat management segala mak nenek risiko  berkaitan business yg bakal diceburi.. so kalau compare dgn kerajaan.. gua rasa okay..

Satu hari tu gua dipanggil Master G utk bermesyuarat dgn pihak pengurusan atasan. Kalau korang nak tau.. gua jarang diberi peluang oleh Master G untuk bersama2 bermuzakarrah dgn pihak pengurusan atasan atas alasan yg gua sendiri pun tak tau.. Gua pun malas nak join meeting kalau Master G ada.. buang karan je.. malas gua nak dengar merapu master G diselang-seli dgn nafas dragon ball dia tu.. Lagipun kalau bagi pendapat pun sia2 sebab most of the time dia je yang betul... ahhh.. lantak la.. gua masuk trading house ni bukan nak compete dgn sapa2.. gua mau belajar selok belok perniagaan.. gua mau ILMU... 

Perbincangan dgn pihak pengurusan biasanya singkat je..  melibatkan hala tuju pemasaran tempe ke Indonesia.. market segment.. target revenue.. profit margin..  expandable program. dan segala mak nenek. Balik je dari mesyuarat tu gua cam biasa terus buat minit mesyuarat.. tengah syok2 dok menaip Master G datang kat cubicle gua..

Master G: Koa faham tak meeting apa tadi?

Gua: Boleh la... gua rasa market segmen kita dah identify.. quantity kita dah lebih kurang secured.. cuma nak kena tengok on the potential expansion je la..

Master G: Haa.. faham pun koa.. koa tengah buat apa tu?

Gua: Minit discussion tadi la...

Master G: Hmm.. cepat skit.. lepas koa sudah.. aku nak koa buat report utk aku lebih kurang satu page on market kat Indonesia.. 

Gua: Market? Nak buat macam MIS ke BMRA?

Master G: Bukan... bukan MIS.. bukan BMRA.. tapi lebih kurang MIS but its not MIS.. aku nak tengok..

Gua: Lu pernah buat ka??

Master G dengan selamba katak menjawap.. "tak.." sambil berlalu masuk ke idiot boxnya..

Gua pening... gua selak Work Procedure Manual.. tak pernah pulak wujud report selain daripada MIS/BMRA. Apa kejadah report Master G mintak ni?? Nak tambah birokrasi ke?


Nota Kaki:
Sampai sudah gua tak pernah buat report tu.. pergi mampos laaaa

No comments:

Post a Comment