Total Pageviews

Thursday, September 16, 2010

Dilemma Kuli Koperat - Essay

Baru2 ni gua ada sedikit ritual buka puasa bersama geng2 in-house chamber gua.. majlis kecil-kecilan aje.. sebab tu tak masuk paper. Ritual ni.. dah dua tahun berturut2 kitaorg buat.. walaupun gua dah disassociate diri gua dari ahli in-house chamber.. tapi gua masih diberi tempat oleh geng2 in-house chamber gua utk menumpang kasih.. chewahh... pegi dahh!!

Banyak mende yg kitaorg borak.. soal kerja.. politik.. socio ekonomi.. awek.. mengutuk + mengumpat toksah cerita la.. berkarung tak ingat dunia.. walaupun bulan posa...  (tapi maghrib tak miss OK..) Gua cakap lu.. kalu lu orang nak have fun.. lu mesti ada klik dari golongan in-house chamber ni.. diaorg ni species yang tau sembang.. takat sejam dua tu.. sap sap soii je... (tapi kalu lu punya in-house chamber tu species ada reban ayam.. lu sendiri mau ingat la.. gua tara tanggung)

Dalam banyak2 mende yg kitaorg dok merapu... gua sangat2 tertarik bila geng2 in-house chamber gua cakap ada sorang Pengarah Tak Berkuasa yg baru dilantik di organisasi gua telah mempertikaikan tahap skill in-house chamber kitaorg. Serius dowww.. mangkuk tu memang tak main2.. Pengarah Tak Berkuasa tu telah "mengarahkan" semua in-house chamber utk menulis self-title essay... atau bahasa pujangga koperat.. MEMOIR laaa... Yang gua dengar.. Pengarah Tak Berkuasa tu nak guna the essay sebagai check-point utk memastikan tahap skill in-house chamber kitaorg ni bertaraf antarabangsa..

Gua terkedu mendengar justifikasi yang pada gua memang hampeh tak ingat dunia... Seriously.. dah boleh dikategorikan sebagai lawak bodoh abad ini.. Pengarah Tak Berkuasa tu tak faham ke that writing and drafting is two different creature? Apa kebenda the insightful thingy that the Pengarah Tak Berkuasa tu expect to get from the essay? Kalau betul Pengarah Tak Berkuasa tu mempunyai niat yang tulus utk mengenali setiap in-house chamber secara dekat.. kan lebih bagus kalau Pengarah Tak Berkuasa tu add je in-house chamber tu sebagai "friend" kat FB ka.. Tweeter ka.. Tagged kaa.. dan segala mak nenek social network.. atau kurang2 pun pi la baca blog2 depa... itu lebih afdal..
 
Lawak2 camnie mengingatkan gua kembali ke zaman gua sebagai ahli in-house chamber. Ada satu ketika.. entah mangkuk hayun mana yang mempertikaikan kerja2 in-house chamber. Pada depa.. in-house chamber ni takda la sibuk mana.. tapi lebih kepada buat2 sibuk. Habis melatah la segala kepala tok nenek in-house chamber.. yang bestnya siap buat initiative suruh semua in-house chamber list down all their task + how many man-hour we put in the task.. Berbagai mak nenek warning diberikan kepada sapa2 yg tak submit work schedule tu at the end of everyday... gua ulang EVERYDAY!! Gua sebagai kuli koperat mithali dengan poyo la buat benda tu sebelum balik kerja.. list la apa yang patut and berapa masa gua amik to attend kerja tu.. Habis sejam masa gua terbuang.. baik la gua guna masa tu utk bersama2 anak bini gua. Yang bestnya... tak sampai minggu ke-lima.. initiative tu mampos.. and takda sapa peduli.. kepala tok nenek in-house chamber pun senyap je lepas tu.. poyoooooo

Tak cukup dgn lawak kat atas tu... ada one time tu.. organisasi gua nak test market.. nak tengok kulikutive2 minyak diaorg terer ni takat mana. Surat pekeliling diberi.. kuli koperat kena diinterview utk pastikan tahap kewarasan kerja depa.. Macam biasa.. in-house chamber fraternity mesti nak jadi champion.. mesti nak lain dari yg lain.. golongan elit katakan.. instead of normal interview saja macam department2 lain.. depa perah otak.. depa bagi additional task iaitu sebijik ASSIGNMENT kat semua kulikutive in-house chamber utk siapkan di hujung minggu... Gua serta geng2 in-house chamber yg satu kepala terbahak2 gelak tengok assignment tu.. name ja in-house chamber.. fakta soalan pun boleh salah!!! Tapi cam besa.. sebagai kuli koperat mithali.. gua layan je.. siap.. anto.. and tunggu result.. tunggu result... tunggu result... tunggu result.. mampos sampai la ni gua serta geng2 in-house chamber gua tak pernah dapat result assignment tu...  Itu gua tak sentuh lagi pasal interviewer yg kononnya terer.. yang capable utk menilai kebodohan gua serta geng2 in-house chamber... tapi call gua untuk mintak advice camna nak selesaikan perkara yg pada gua basic.. basic yg perlu ada pada semua in-house chamber di syarikat antarabangsa... So camna gua mau respek??

Tapi yg gua paling pelik ialah melihat latah our management. At the slight "latah" of one of the Pengarah Tak Berkuasa on the capability our in-house chamber.. diaorg melompat.. melompat macam katak sungai... What they are doing now really kills the morale of the in-house chamber (some if not all). Why cant they just habaq je kat Pengarah Tak Berkuasa tu.. kalau dia tak puas hati.. suruh revamp la interviewing structure + requirement standard nak jadi in-house chamber kat situ.. apa kejadahnya suruh existing in-house chamber buat essay... gua tak rasa lu can get anything out of it.. Kalau nak koperat sangat.. suruh laa buat attachment kat mana2 big firm utk tingkatkan capability.. that's how you boost the morale, improve the capability and most importantly not make a fool of your ownself....

Nota Kaki:
To my in-house chamber - dah abis buat essay tu.. jgn lupa tengok kontrak gua.. your time is more productive looking at the business contract rather than the essay.. 

To Pengarah Tak Berkuasa.. suggest you apply to be a teacher.. 

No comments:

Post a Comment