Total Pageviews

Wednesday, September 15, 2010

BIROKRASI Terpimpin

Terlanjur gua bercerita pasal birokrasi ni mengingatkan gua masa nak register kelahiran anak kedua gua si Arif dalam tahun 2006 dulu.. 

Ada sorang makcik kaunter kat JPN ni pada pendapat gua suka menokok-nambah birokrasi JPN. Setau gua... kalau nak register kelahiran anak cukup dgn dokumen2 penting spt IC mak bapak, surat kahwin + surat pengesahan doktor. Makcik JPN ni mintak la pulak appointment card domestic engineer gua dgn doktor bersalin. Gua cakap gua tak bawak... makcik ni dgn selamba suruh gua pi balik ambik. Gua dah la tak tidur 3-4 hari.. tak kan pasal tak bawak appointment card terus tak leh daftar anak gua sebagai warganegara. Habis tu.. anak2 indon yg dpt back door registration tu apa ke hal?? Dia orang ada bayar tax + zakat macam gua ka??. 

Gua memang hari tu agak panas..  gua cuba reason dgn makcik JPN tu tapi kena tempelak pulak...  Memang cari pasal makcik ni.. dah la gua tak cukup tido.. campur kena posa 100 hari lagi.. gua bengang la.. gua challenge permintaan makcik JPN yg tak munasabah tu.. gua tanya dia kat mana dlm surat pekeliling pendaftaran ni yg cakap gua wajib bawak appointment card. Mengikut tafsiran gua.. surat pengesahan doktor yg menyambut kelahiran tu dah lebih dari cukup... Makcik JPN tu menjegil matanya sambil cakap ketua cawangan JPN ditempatnya mewajipkan dokumen tu. Gua tak puas hati.. gua mintak panggil ketua jabatan sebab sebagai pembayar cukai gua ada hak nak berjumpa dgn dia.. Makcik JPN cakap ketua jabatan keluar mesyuarat.. gua mintak panggil pegawai bertugas.. sebab gua mau pegawai tersebut tulis surat pengesahan yg pendaftaran anak gua tak diterima sebab gua tak bawak appointment card domestic engineer gua dgn doctor bersalin... Makcik JPN dgn selamba cakap semua pegawai pergi meeting.. Gua apa lagi.. terus la bising2.. cakap apa punya jabatan ni.. semua pegawai pergi mesyuarat.. ini sudah menjadi salah-laku.. setau gua kurang2 mesti ada seorang pegawai tinggal.. tak boleh semua pergi.. Makcik JPN  dah terkulat2 dgn pengetahuan gua di dlm sistem pentadbiran kerajaan... Makcik JPN ni tak tahu ke gua dulu terpilih utk  menjadi pegawai takbir diplomat.. gua je malas nak join.. Gua dah geram.. gua tambah lagi.. kali ni.. gua cakap.. gua nak report tu pasal gua nak jumpa menteri kenapa sistem pendaftaran negara tidak seragam diantara satu cawangan dgn cawangan lain... Lepas gua bising2.. orang ramai pun dah mula start hiruk pikuk sokong gua... komplain pasal birokrasi JPN..  masing2 dok kutuk Makcik JPN tu.. masing2 pun mula mempertikaikan prosedur yg ntah apa2 tu...

Tengah2 hiruk-pikuk brader kaunter sebelah tanya gua apa masalah. Gua citer terang2.. pastu brader tu ajak gua pergi kaunter dia.. ambil dokumen2 gua.. terus proses... lepas mintak maaf kat gua.. brader tu cakap.. "dokumen2 ni semua atas budi bicara.. makcik tu memang ada problem skit.. mungkin dah lama sangat..." Lepas ucap terima kasih.. gua angkat kaki... sampai rumah gua tepon kawan gua kat JPM.. bagi nama brader tu.. Gua dengar.. bulan tu dia dapat "Employee of the Month".. congrat bro.. kerana memudahkan org ramai... dan tak buat jiwa gua kacau..

Nota Kaki:
Kenapa mesti ada orang macam Makcik JPN tu? Bukan ke kerja diaorg untuk memudahkan urusan dengan kerajaan? Dlm diam gua agak Makcik JPN tu mesti sedara Master G laaa.... gua ingat nak bagi nama Master G kat kawan gua di JPM suruh diserapkan kat kaunter JPN... apa pendapat korang??

2 comments:

  1. Kelakor ni Rizal, nak tunjuk power itu makcik. Haha..I like your style sehhh.

    ReplyDelete
  2. hahha.. semangat memberontak tak abis lagi bang :-)

    ReplyDelete